awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dijangka rendah berbanding USD minggu depan

Bernama
Bernama
06/06/2015
05:45 MYT
Ringgit dijangka rendah berbanding USD minggu depan
Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan berikutan beberapa faktor termasuk sentimen tempatan yang tidak menentu.
Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan berikutan beberapa faktor termasuk sentimen tempatan yang tidak menentu yang akan mempengaruhi prestasi ringgit.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan hasil positif daripada mesyuarat antara Kementerian Kewangan dengan Fitch International Rating Agency untuk membincangkan penarafan berdaulat Malaysia.
"Kami menjangkakan sistem perbankan Malaysia yang mapan, asas ekonomi berdaya tahan dan inisiatif kukuh bagi pengukuhan fiskal memberikan petunjuk positif kepada agensi penarafan itu yang seterusnya meningkatkan mata wang tempatan," kata Naib Presiden/ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment BankDr Nazri Khan kepada Bernama.
Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berikutan kekurangan permintaan.
Seorang peniaga berkata para peniaga kekal tidak memasuki pasaran susulan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).
Beliau berkata oleh kerana Malaysia adalah pengeksport bersih minyak, sebarang pergerakan harga minyak (daripada hasil mesyuarat) akan menjejaskan mata wang tempatan.
Bagi asas mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7170/7200 daripada 3.6660/6690 Jumaat minggu sebelumnya.
Ringgit juga lemah berbanding empat lagi mata wang utama.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.7568/7601 daripada 2.7182/7222 pada Jumaat minggu sebelumnya dan susut sedikit berbanding yen kepada 2.9793/9822 daripada 2.9603/9634 sebelumnya.
Mata wang tempatan turun berbanding pound British kepada 5.6885/6946 daripada 5.6009/6073 dan susut berbanding euro kepada 4.1842/1887 daripada 4.0172/0212 pada Jumaat minggu sebelumnya.
Topic Berkaitan
#dolar
#ringgit
#RM
#USD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan