awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup lebih teguh berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama

Bernama
Bernama
09/08/2024
12:18 MYT
Ringgit ditutup lebih teguh berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama
Semasa penutupan dagangan hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri dagangan minggu ini dengan paras lebih kukuh berbanding beberapa mata wang utama dan meningkat 1.11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipacu sentimen lebih baik susulan prospek yang cerah, kata penganalisis.
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4200/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama ringgit terus mencatatkan prestasi lebih baik berbanding beberapa mata wang utama, disokong oleh keadaan makroekonomi yang memberangsangkan.
Beliau berkata data Tuntutan Pengangguran yang lebih rendah berbanding jangkaan di AS pada Khamis mendorong pemulihan pasaran daripada kebimbangan awal.
Pada Jumaat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 5.0 peratus pada Jun 2024 dipacu oleh pertumbuhan konsisten sektor pembuatan.
"IPP yang lebih tinggi daripada jangkaan itu menunjukkan ekonomi Malaysia meraih manfaat daripada permintaan global yang bertambah baik terutama dalam sektor berkaitan teknologi, di samping permintaan domestik yang mampan," katanya.
Semasa penutupan dagangan hari ini, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding euro kepada 4.8253/8340 daripada 4.8859/8903 ketika ditutup pada Khamis, serta lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.0019/0075 daripada 3.0590/0619.
Ringgit lebih kukuh berbanding pound British kepada 5.6373/6475 daripada 5.6661/6712 semalam.
Unit tempatan juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang negara Asean.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3381/3444 daripada 3.3746/3779 semalam dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 277.5/278.2 daripada 281.2/281.6.
Mata wang tempatan lebih teguh berbanding baht Thailand kepada 12.5234/5514 daripada 12.6382/6545 semalam, dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.73 daripada 7.79/7.82 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#mata wang utama
#pemulihan pasaran
#unit tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan