awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aksi mat rempit di lapangan terbang Kota Bharu memalukan - Anthony Loke
Wartawan alam sekitar terkemuka Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global

Polis minta bantuan kesan wanita hilang

Bernama
Bernama
05/04/2026
14:08 MYT
Polis minta bantuan kesan wanita hilang
Norhisham berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norizan Yahya, 50, pada 8.46 pagi tadi oleh kakaknya, dengan kali terakhir dilihat pada 7.30 pagi semalam. - Gambar Facebook IPD Jempol
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas tidak dapat dihubungi ahli keluarganya sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Norizan Yahya, 50, pada 8.46 pagi tadi oleh kakaknya, dengan kali terakhir dilihat pada 7.30 pagi semalam.
“Kali terakhir dia berhubung dengan keluarganya pada 4.44 petang semalam, mengatakan berada di Seremban untuk mencari kerja sebelum kemudiannya tidak lagi dapat dihubungi.
“Wanita itu beralamat terakhir di Kampung Indah, Bahau dengan berketinggian 150 sentimeter dan berat 70 kilogram, kali terakhir dilihat memakai blaus ungu, seluar hitam dan tudung hijau muda serta membawa beg coklat ‘Eco Shop’,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemukan wanita tersebut boleh menghubungi Balai Polis Bahau menerusi talian 06-4541222 atau Ketua Balai Polis Bahau Insp Annas Fikri Othman menerusi talian 013-6219196.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#wanita hilang
#seluar hitam
#kali terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.