awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan

Bernama
Bernama
18/10/2024
11:31 MYT
Ringgit ditutup lebih tinggi dengan sentimen positif pada belanjawan
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.3045/3075 berbanding dolar AS daripada 4.3075 /3105 yang dicatatkan semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.3045/3075 berbanding dolar AS daripada 4.3075 /3105 yang dicatatkan semalam.
Penganalisis itu menyatakan belanjawan, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memperkenalkan inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan tanggungjawab fiskal.
Pada penutup, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding euro kepada 4.6674/6706 daripada 4.6771/6803 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8708/8730 daripada 2.8790/8812 semalam.
Sementara itu, ia susut berbanding pound British kepada 5.6109/6148 daripada 5.5967/6006.
Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang itu menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9579/9916 daripada 12.9619/9776.
Ia melemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2817 daripada 3.2782/2807, turun berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 daripada 7.44/7.46, dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/278.3 daripada 277.7/278.1 sebelumnya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#Belanjawan 2025
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan