awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
20/05/2022
11:31 MYT
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit menyaksikan urus niaga lebih positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup mengukuh pada Jumaat susulan peningkatan sentimen selepas China bertindak menurunkan kadar faedah utama bagi merangsang ekonominya, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit berada di paras 4.3870/3910 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4060 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes bagaimanapun berkata berdasarkan urus niaga semasa, pengukuhan ringgit turut membuktikan tindakan pelabur yang menarik diri daripada pendedahan dolar AS bagi tempoh lama.
"Dalam tukaran asing di Asia, sebarang langkah China bertindak mengurangkan kebimbangan ramai, akan mendatangkan kesan atau manfaat.
"Bagi saya, ringgit yang sememangnya telah dinilai rendah, akan menyaksikan aliran kenaikan berikutan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang sudah menaikkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1845/1879 daripada 3.1752/1778 sebelum ini, rendah berbanding euro kepada 4.6445/6488 daripada 4.6223/6254 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4732/4782 daripada 5.4584/4621.
Unit tempatan itu bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 3.4236/4270 daripada 3.4495/4524, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nilai ringgit
#ringgit mengukuh
#dolar AS
#USD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan