awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
05/01/2024
12:45 MYT
Ringgit rendah berbanding dolar AS
Mohd Afzanizam berkata ringgit lemah berbanding dolar AS hari ini apabila pasaran tenaga kerja AS menunjukkan tanda-tanda kekukuhan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan naratif kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang dijangka berlarutan.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6525/6580 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit lemah berbanding dolar AS hari ini apabila pasaran tenaga kerja AS menunjukkan tanda-tanda kekukuhan, menandakan naratif lebih tinggi dan lebih panjang bagi kadar faedah mungkin berterusan.
"Perkara ini ditambah apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan AS dijangka mengurangkan kadar sehingga akhir 2024," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit domestik meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8891/8961 daripada 5.8964/9015 ketika ditutup pada Khamis, serta lebih kukuh berbanding euro kepada 5.0763/0823 daripada 5.0829/0873.
Ringgit tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2038/2078 daripada 3.2185/2215 semalam.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4944/4988 daripada 3.4903/4936 semasa ditutup semalam, dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.35/8.36.
Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.3 daripada 299.0/299.4 manakala naik berbanding baht Thailand kepada 13.4001/4236 daripada 13.4500/4687.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kadar faedah
#mata wang utama
#unit domestik
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan