awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini

Bernama
Bernama
21/09/2022
02:34 MYT
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit susut ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi Rabu, mencecah paras 4.5600 berikutan harga minyak yang lebih rendah selain pengukuhan dolar AS, kata seorang peniaga.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup semalam.
Ketika ini, penanda aras harga minyak mentah Brent jatuh 0.29 peratus kepada US$90.36 setong.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata nilai dolar AS kekal menggalakkan dengan jangkaan keputusan kenaikan kadar faedah oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.
Beliau menambah jangkaan pasaran ialah kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 75 mata asas kepada 3.25 peratus setahun.
"Sekiranya ramalan ini terbukti betul, kemungkinan dolar akan turun sedikit berbanding ringgit pada mulanya, memandangkan pasaran telah pun mengambil kira senario ini.
"Sebaliknya, jika Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah lebih daripada jangkaan kepada 3.5 peratus setahun, dolar boleh meneruskan pergerakan menaiknya berbanding ringgit ke arah paras 4.6000," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1758/1788 daripada 3.1725/1734 pada penutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2357/2388 daripada 3.2341/2353 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.1893/1938 daripada 5.2049/2060 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5462/5502 daripada 4.5608/5618 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#minyak mentah Brent
#kadar faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan