awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM391.9 bilion pada 30 Ogos

Bernama
Bernama
06/09/2016
08:29 MYT
Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM391.9 bilion pada 30 Ogos
Aset bank pusat itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain seperti SDR (RM391.922 bilion); kertas kerajaan M'sia (RM1.643 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM2.685 bln); pinjaman, pendahuluan (RM7.558 bln). - Gambar Bernama
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM391.9 bilion atau bersamaan US$97.5 bilion pada 30 Ogos 2016, sama dengan jumlah rizab antarabangsa pada 15 Ogos 2016.
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$89.7 bilion); kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$0.8 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion); emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$4.4 bilion).
Jumlah asetnya berada pada RM412.262 bilion.
Aset bank pusat itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain seperti SDR (RM391.922 bilion); kertas kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM2.685 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.558 bilion); tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM6.338 bilion).
Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM110.174 bilion); mata wang dalam edaran (RM91.058 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM157.265 bilion); deposit oleh kerajaan persekutuan (RM19.26 bilion); deposit lain (RM1.175 bilion); kertas Bank Negara (RM13.648 bilion); peruntukan SDR (RM7.521 bilion) serta liabiliti lain (RM12.055 bilion).
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Hak Pengeluaran
#Tabung Mata Wang Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan