awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2026
18:05 MYT
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Petugas PBB berjalan berhampiran konvoi yang membawa warga Palestin yang cedera meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan dengan melintasi sempadan Rafah yang dibuka semula pada Ahad, di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, 12 Apr 2026. REUTERS
Pemindahan perubatan dari Semenanjung Gaza disambung semula pada Ahad melalui lintasan sempadan Rafah dengan Mesir selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggantung operasi beberapa hari sebelum ini susulan kematian seorang kakitangan WHO waga Palestin akibat tembakan Israel, lapor Xinhua.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan pasukannya memindahkan pesakit dan mangsa cedera melalui lintasan itu dengan penyelarasan WHO dan pihak berkuasa berkaitan.
Menurut persatuan itu, seramai 27 pesakit dan 42 pengiring telah dipindahkan. Mereka dibawa menggunakan ambulans dari Hospital Pemulihan Perubatan di Khan Younis di selatan Gaza ke Rafah sebelum meneruskan perjalanan ke luar negara bagi mendapatkan rawatan.
Kumpulan itu menyifatkan operasi berkenaan sebagai usaha kemanusiaan yang bertujuan mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan Gaza yang terbeban.
WHO menggantung proses pemindahan pada 6 April selepas seorang kakitangan warga Palestinnya terkorban. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada masa itu bahawa pemindahan rakyat Palestin yang sakit dan cedera dari Gaza ke Mesir melalui Rafah dihentikan sehingga diberitahu kelak.
“Kami menyeru supaya orang awam dan petugas kemanusiaan dilindungi,” tambahnya.
Sejak lintasan itu dibuka semula pada 2 Feb, WHO telah menyelaraskan senarai pesakit yang layak untuk dipindahkan serta jumlah mereka dengan pihak berkuasa Israel.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Gaza
#pemindahan pesakit
#perubatan
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan