awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM AS$106.3 bilion setakat 15 Sept, 2022

Bernama
Bernama
23/09/2022
09:46 MYT
Rizab antarabangsa BNM AS$106.3 bilion setakat 15 Sept, 2022
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menurun kepada AS$106.3 bilion (AS$1=RM4.56) pada 15 Sept, 2022, daripada AS$108.2 bilion pada 30 Ogos, 2022. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menurun kepada AS$106.3 bilion (AS$1=RM4.56) pada 15 Sept, 2022, daripada AS$108.2 bilion pada 30 Ogos, 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$93.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).
Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM467.81 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM218.76 juta) pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM41.33 bilion).
Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM157.28 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.44 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.85 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13. 69 bilion), deposit lain (RM12.14 bilion), kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.1 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#ringgit
#dolar AS
#rizab mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan