awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM391.9 bilion pada 15 Ogos

Bernama
Bernama
22/08/2016
09:54 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah RM391.9 bilion pada 15 Ogos
BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek - Gambar fail
Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM391.9 bilion atau bersamaan US$97.5 bilion pada 15 Ogos, 2016 berbanding RM391.1 bilion (US$97.3 bilion) pada 29 Julai lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Menurut bank pusat itu, komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (US$89.5 bilion), kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa atau IMF (US$0.8 bilion), hak pengeluaran khas atau SDR (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$4.6 bilion).
Jumlah asetnya adalah RM412.293 bilion.
Aset bank pusat itu termasuk emas, tukaran asing serta rizab lain antaranya SDR (RM391.904 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM1.643 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.115 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.531 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM6.984 bilion).
Liabiliti pula merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM110.416 bilion), mata wang dalam edaran (RM89.681 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM160.966 bilion), Kerajaan Persekutuan (RM15.738 bilion) dan lain-lain (RM1.099 bilion), kertas Bank Negara (RM13.63 bilion), peruntukan SDR (RM7.521 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM13.14 bilion).
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#rizab antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan