awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Tiada sekatan guna MyKad untuk subsidi BUDI95 selagi patuhi peraturan - JPN
Skandal NexG: Abu Hanifah Noordin perlu beri maklumat penuh - Ahli akademik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab BNM AS$102.4 bilion pada akhir 2017

Najib Aroff
Najib Aroff
05/01/2018
12:05 MYT
Rizab BNM AS$102.4 bilion pada akhir 2017
Rizab antarabangsa itu memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek. - REUTERS
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.4 bilion pada 29 Dis 2017 berbanding dengan AS$94.5 bilion pada akhir 2016, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan.
"Paras rizab pada 29 Dis 2017 telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab disokong oleh lebihan akaun semasa yang lebih besar dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan.
"Bagaimanapun, ini sebahagiannya telah diimbangi oleh pelaburan langsung daripada syarikat Malaysia dan pelaburan portfolio pelabur institusi pemastautin di luar negeri," kata bank pusat.
Tambah BNM, rizab antarabangsa itu mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa serta memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#Rizab BNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan