awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM3.1 bilion nilai pelaburan dicatatkan di Kelantan sejak 2013

Bernama
Bernama
04/02/2018
05:58 MYT
RM3.1 bilion nilai pelaburan dicatatkan di Kelantan sejak 2013
Menurut Mustapa sebelum ini terdapat beberapa buah syarikat asing yang berminat untuk membuka kilang simen di Kelantan dengan cadangan pelaburan melebihi RM1 bilion.
Sebanyak RM3.1 bilion nilai pelaburan dicatatkan di Kelantan sejak 2013 hingga tahun lepas dengan jumlah pelaburan tertinggi pada 2014, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pada tahun tersebut, negeri ini menerima RM1.24 bilion melalui projek pembinaan kilang simen di Chiku, Gua Musang dan nilai pelaburan terendah pada tahun lepas sebanyak RM4.2 juta yang berkaitan dengan industri kecil dan sederhana (IKS).
Katanya pada 2013, jumlah pelaburan di Kelantan sebanyak RM995 juta, 2015 (RM353 juta) dan 2016 (RM514 juta).
"Bagaimanapun, sepanjang tempoh lima tahun itu, hanya RM58 juta diaplikasikan berikutan terdapat beberapa masalah termasuklah kegagalan tiga syarikat yang diberi lesen untuk memulakan industri pembuatan simen tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Memeterai Perjanjian Usaha Sama Pelaburan antara A-Bio Sdn Bhd dan Ain Medicare Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Mustapa berkata jumlah pelaburan di Kelantan adalah rendah berbanding negeri-negeri lain berikutan pelabur berdepan dengan kesukaran terutamanya berkaitan kemudahan infrastruktur seperti kualiti dan bekalan air yang kurang memuaskan.
"Kita perlu mencari kaedah yang lebih baik untuk meningkatkan jumlah pelaburan di negeri ini dan pada masa sama, saya berharap pihak yang berkaitan dapat mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh pemain industri," katanya.
Terdahulu, perjanjian itu dimeterai antara Pengerusi A-Bio Sdn Bhd Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dan Pengerusi Ain Medicare Sdn Bhd Datuk Wan Ariff Wan Hamzah.
Menerusi perjanjian tersebut, A-Bio yang merupakan syarikat pelaburan strategik di bawah Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) akan melakukan pelaburan strategik sebanyak RM20 juta dalam Ain Medicare untuk meningkatkan lagi daya saing syarikat itu dalam industri bioteknologi perubatan khususnya pengeluaran produk bio-farmaseutikal tempatan yang bernilai tinggi.
A-Bio juga adalah satu program strategik di bawah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, yang melakukan pelaburan dalam syarikat berkaitan tiga sektor utama iaitu industri berasaskan bio dan bioteknologi, industri teknologi baharu muncul dan industri hijau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#Barisan Nasional
#kerajaan
#menteri
#Mustapa Mohamed
#pelaburan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan