awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Santan buka peluang kepada pekerja AirAsia jadi penghantar makanan

Bernama
Bernama
14/04/2020
04:48 MYT
Santan buka peluang kepada pekerja AirAsia jadi penghantar makanan
Pada masa ini, 70 peratus daripada perniagaan Santan adalah membabitkan perkhidmatan penghantaran, manakala selebihnya untuk bawa pulang. - Gambar fail/Foto AirAsia
Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata setakat ini lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian telah merebut peluang berkenaan dalam tempoh yang tidak dijangka ini.
"Dalam menempuhi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kita perlu kekal kuat serta berani. Kakitangan Santan telah bekerja keras bagi memastikan makanan seperti nasi lemak Pak Nasser dan hidangan-hidangan lain dapat disediakan kepada semua sepanjang tempoh ini.
"Kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia menerusi kasih sayang kita kepada makanan, sama ada semasa penyediaan atau penghantaran, kita semua #InThisTogether," kata Goh dalam kenyataan.
Pada masa ini, 70 peratus daripada perniagaan Santan adalah membabitkan perkhidmatan penghantaran, manakala selebihnya untuk bawa pulang.
Menurutnya Santan yang dibuka secara rasmi pada Disember 2019 dijangka akan terus memperluas perkhidmatan seumpama itu dan makanan sejuk beku di samping memberi tumpuan untuk mempelbagaikan menu.
Ia juga berhasrat mewujudkan e-bazar Ramadan.
Ketika ini, Santan turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan dengan mewujudkan kempen 'Santan Hospital Donation Package.'
Kempen tersebut masih dijalankan dan sesiapa yang berminat boleh menghantar pesanan Whatsapp kepada Santan di talian +6018 378 2274.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Allstars
#Catherine Goh
#Malaysia
#penerbangan
#rakyat Malaysia
#Ramadan
#santan
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan