awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat AS lulus resolusi mansuh tarif Trump ke atas Kanada

Bernama
Bernama
03/04/2025
06:15 MYT
Senat AS lulus resolusi mansuh tarif Trump ke atas Kanada
Dewan tertinggi Kongres meluluskan S. J. Res. 37, satu resolusi bersama untuk menamatkan perisytiharan darurat negara yang dibuat bagi mengenakan duti ke atas barangan import dari Kanada. - Foto AP
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan resolusi bertujuan menghalang tarif 25 peratus yang dikenakan Presiden Donald Trump ke atas Kanada, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam undian 51-48, dewan tertinggi Kongres meluluskan S. J. Res. 37, satu resolusi bersama untuk menamatkan perisytiharan darurat negara yang dibuat bagi mengenakan duti ke atas barangan import dari Kanada.
Empat Senator Republikan -- Rand Paul, Susan Collins, Lisa Murkowski dan Mitch McConnell -- menyokong langkah itu.
Pengundian dibuat beberapa jam selepas Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas semua import dan kadar lebih tinggi terhadap import dari Kesatuan Eropah (EU), China, Vietnam dan Jepun.
Terdahulu, Trump menggesa keempat-empat senator berkenaan mengundi untuk menolak resolusi itu, dengan alasan tarif berkenaan diperlukan kerana Kanada tidak mengambil tindakan mencukupi untuk menghalang fentanyl dan bahan terlarang lain daripada diseludup melalui sempadan utara.
"Rang Undang-Undang Senat hanyalah muslihat Demokrat untuk menunjukkan dan mendedahkan kelemahan beberapa ahli Republikan, kerana ia tidak akan ke mana-mana memandangkan Dewan Perwakilan tidak akan meluluskannya dan saya, sebagai Presiden anda tidak akan menandatanganinya," kata Trump di platform Truth Social miliknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Senat Amerika Syarikat
#tarif Trump
#Kanada
#mengundi resolusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan