awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
03/08/2018
07:08 MYT
Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
Shahril Redza dijangka memulakan tugas di Khazanah Nasional Berhad pada 20 Ogos ini. -Gambar fail
Khazanah Nasional Berhad umum pelantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan sebagai Pengarah Urusan syarikat itu.
Beliau dijadual memulakan tugas pada 20 Ogos ini.
Shahril Ridza, 48, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dilantik memegang jawatan itu pada 16 April 2013.
Sebelum menyertai KWSP, Shahril Ridza merupakan Pengarah Urusan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di mana beliau bertanggungjawab membangunkan KL Sentral menjadi salah satu pusat komersial utama di Malaysia.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan terlibat dalam pemulihan korporat dan penstrukturan semula kredit berikutan Krisis Kewangan Asia 1997.
Shahril Ridza juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif Media Prima Bhd, Malaysian Building Society Berhad, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, MRCB dan IJN Holdings Sdn Bhd.
Shahril Ridza memiliki Ijazah Sarjana Seni dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Sivil dari Universiti Oxford.
Topic Berkaitan
#azman mokhtar
#Khazanah
#KWSP
#MEA
#MRCB
#shahril redza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan