awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siemens Malaysia lantik Tindaro Danze sebagai Presiden, CEO baharu

Bernama
Bernama
03/01/2023
07:28 MYT
Siemens Malaysia lantik Tindaro Danze sebagai Presiden, CEO baharu
Siemens Malaysia berkata, pada masa sama, Danze turut bertanggungjawab ke atas perniagaan industri digitalnya (DI) di Malaysia.- Foto Siemens
KUALA LUMPUR: Siemens Malaysia telah melantik Tindaro Danze sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Jan 2023.
Dalam kenyataan hari ini, Siemens Malaysia berkata, pada masa sama, Danze turut bertanggungjawab ke atas perniagaan industri digitalnya (DI) di Malaysia.
CEO Siemens ASEAN, Dr Thai-Lai Pham berkata Danze mempunyai banyak pengetahuan dan kepakaran dalam teknologi digital, strategi perniagaan, pengurusan projek dan bimbingan eksekutif.
"Kombinasi di ibu pejabat dan pengalaman beliau di peringkat serantau akan membolehkannya meningkatkan fokus perniagaan kami di Malaysia," katanya.
Sebelum pelantikan ini, Danze ialah Ketua Jualan Global bagi perusahaan digital dan pengurusan menegak DI yang berpangkalan di Jerman.
Siemens Malaysia berkata Danze menguruskan unit pendigitalan industri serantau syarikat, melaksanakan projek pendigitalan global serta menyelia pendekatan menegak DI Siemens dalam industri-industri utama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siemens Malaysia
#CEO
#Tindaro Danze
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan