awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura negara Asia pertama dipilih jadi tuan rumah WEF

Najib Aroff
Najib Aroff
08/12/2020
04:34 MYT
Singapura negara Asia pertama dipilih jadi tuan rumah WEF
Forum tahunan itu akan menyaksikan himpunan 3,000 peserta merangkumi pemimpin negara, ahli perniagaan, saintis serta tokoh besar lain membincangkan isu utama global. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR:Singapura akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Mei 2021, sekali gus menjadi negara Asia pertama dipilih menjadi hos persidangan berprestij itu.
Forum yang biasanya berlangsung di Davos, Switzerland itu bertukar lokasi susulan penularan COVID-19 di Eropah.
WEF dalam kenyataan berkata, penganjuran di Singapura akan menjadi acara pemimpin global pertama yang akan membincangkan soal pemulihan pasca pandemik itu.
Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura pada Isnin berkata, pemilihan Singapura mengambarkan keyakinan terhadap pengurusan kes COVID-19 oleh negara berkenaan sekali gus melonjakan sektor persidangan dan mesyuarat republik itu.
"Keputusan WEF ini mengambarkan kepercayaan dan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap cara Singapura menguruskan pandemik setakat ini.
"Kita mungkin jadi contoh positif bagaimana aktiviti ekonomi boleh bermula semula dengan selamat dan mampan," kata Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing.
Forum tahunan itu akan menyaksikan himpunan 3,000 peserta merangkumi pemimpin negara, ahli perniagaan, saintis serta tokoh besar lain membincangkan isu utama global.
Ia bakal berlangsung pada 13 hingga 16 Mei depan sebelum kembali semula ke Davos pada 2022.
Bagaimanapun, forum itu akan turut menyertakan komponen maya untuk membolehkan penyertaan lebih luas ketika pandemik COVID-19 masih lagi menular.
Ini merupakan kali kedua WEF berlangsung di luar Switzerland sejak dimulakan pada 1971 dengan lokasi luar pertama adalah di New York pada 2002 sebagai tanda solidariti tragedi 11 September.
Topic Berkaitan
#Switzerland
#WEF
#Davos
#COVID-19
#Singapura
#WEF Singapura
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan