awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Subsidiari Berjaya Corp beli tanah Jepun

Bernama
Bernama
29/12/2022
00:45 MYT
Subsidiari Berjaya Corp beli tanah Jepun
Berdasarkan kajian awal, BY-TMK boleh membangunkan projek Four Seasons Yokohama Harbour Edge yang merangkumi hotel dan kediaman mewah, akuarium serta kedai runcit, dengan anggaran kos pembangunan kasar 101.54 bilion yen.
KUALA LUMPUR: Subsidiari milik penuh Berjaya Corp Bhd, Berjaya Yokohama Hospitality Asset TMK (BY-TMK) telah memeterai perjanjian jual beli dengan City of Yokohama untuk memperoleh enam bidang tanah pegangan bebas pada harga 12.657 bilion yen (RM408.82 juta).
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Berjaya Corp menjelaskan tanah seluas 2.10 hektar itu merupakan kawasan terakhir yang belum dibangunkan di Yokohama City yang terletak berhampiran mercu tanda bandar utama tersebut seperti Menara Yokohama dan Muzium Seni Yokohama.
"Berdasarkan kajian awal oleh pengurusan BY-TMK ke atas tanah itu, syarikat boleh membangunkan projek Four Seasons Yokohama Harbour Edge yang merangkumi hotel dan kediaman mewah, akuarium serta kedai runcit dengan anggaran kos pembangunan kasar (termasuk kos pengambilan tanah) berjumlah lebih kurang 101.54 bilion yen (RM3.28 bilion)," katanya.
Anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak 138.17 bilion yen (RM4.46 bilion) akan diiktiraf sepanjang tempoh projek berkenaan.
Projek tersebut akan dibangunkan dalam tempoh empat tahun serta dijangka dibiayai melalui pinjaman bank dan/atau dana dalaman.
Cadangan pengambilalihan dan pembangunan itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berjaya Corp
#beli tanah di Jepun
#City of Yokohama
#tanah pegangan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan