awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 tawar peluang eksport kepada syarikat Malaysia - MATRADE

Dagang News
Dagang News
20/04/2022
23:45 MYT
Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 tawar peluang eksport kepada syarikat Malaysia - MATRADE
Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Frankfurt, Zuhaila Sedek berkata penting bagi syarikat Malaysia untuk mematuhi peraturan sektor yang dikenakan oleh EU. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan syarikat Malaysia yang sedia untuk eksport memanfaatkan peluang perniagaan yang wujud daripada Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
Dalam Sukan Olimpik di Tokyo sebelum ini, Malaysia terlibat dalam memudahkan penyediaan oleh rangkaian makanan Jepun untuk makanan halal, kata Pengarah Seksyen Eropah dan Amerika MATRADE Razida Hanim Abdul Razak dalam kenyataan semalam.
“Dengan landskap ekonomi global semasa yang mencabar dengan gangguan dalam rantaian bekalan dan isu geopolitik, kami berpendapat kita boleh mengukuhkan kerjasama Malaysia-Perancis untuk manfaat bersama melalui Sukan Olimpik dan Paralimpik di Paris,” katanya.
Bidang peluang di Perancis pada masa ini dilihat dalam sektor seperti teknologi maklumat dan komunikasi; makanan dan minuman; perundingan dalam pembinaandan perkhidmatan profesional, keselamatan, pengangkutan serta pengurusan acara dan transformasi halal.
MATRADE berharap ini dapat dicontohi dan malah lebih baik dengan menawarkan sokongan dalam sektor lain.
Lembaga Penyampaian Sukan Olimpik, struktur tadbir urus utama yang ditubuhkan oleh kerajaan Perancis, bertanggungjawab untuk menganjurkan acara sukan terbesar di dunia ini, yang dijadualkan dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.
Ia bertanggungjawab untuk menyediakan lokasi sukan dan infrastruktur. Ia turut bertanggungjawab untuk memastikan transformasi ini berterusan selepas Paris 2024, memberi petunjuk bahawa peluang berterusan walaupun selepas acara sukan itu berakhir, menurut MATRADE.
Secara keseluruhannya, nilai tender yang ditawarkan daripada penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 berjumlah €5 bilion (RM24 bilion).
Setakat ini, 25% daripada kontrak itu bernilai €164.4 juta (RM789.12 juta) telah diberikan kepada syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana daripada pelbagai segmen ekonomi.
Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Frankfurt, Zuhaila Sedek berkata penting bagi syarikat Malaysia untuk mematuhi peraturan sektor yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Beliau berkata walaupun kerja-kerja di Perkampungan Olimpik telah bermula, masih terdapat peluang untuk syarikat Malaysia melalui tender yang disediakan untuk semua.
“Kami akan mencadangkan kepada pengeksport Malaysia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan di Perancis berikutan halangan dari segi bahasa dan untuk sokongan operasi.
“Diharapkan, dengan mempunyai lebih banyak syarikat Malaysia di Perancis, akan terdapat lebih banyak syarikat tempatan yang sedia untuk EU, yang bermakna mereka juga sedia untuk seluruh dunia,” katanya.
Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 dijangka menjana manfaat ekonomi bernilai €10.7 bilion (RM51.36 bilion) dan mewujudkan lebih 250,000 pekerjaan di rantau Ile-de-France, Bernama melaporkan.
MATRADE berkata acara terkemuka dunia itu menjangkakan 9.7 juta penonton dan 4 bilion penonton di seluruh dunia, menawarkan peluang yang besar untuk menjenamakan Malaysia di peringkat global. -DagangNews.com
Topic Berkaitan
#syarikat Malaysia
#Matrade
#Razida Hanim Abdul Razak
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan