awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat antarabangsa guna tenaga mahir tempatan perkembangan positif

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2014
02:15 MYT
Syarikat antarabangsa guna tenaga mahir tempatan perkembangan positif
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. -Gambar fail
Kecenderungan syarikat antarabangsa yang melabur di negara ini menggunakan tenaga mahir tempatan adalah satu perkembangan positif ke arah mewujudkan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pada masa sama program latihan dengan kerjasama institusi kemahiran tinggi tempatan mampu membantu syarikat terbabit mendapatkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang berkaitan.
Menurutnya Syarikat Eastern Steel yang berpangkalan di China membangunkan industri besi di Kemaman,Terengganu dengan nilai pelaburan RM1 billion kini mempunyai kira kira 1,000 pekerja.
Mustapa berkata kerjasama syarikat swasta dengan institusi latihan tempatan temasuk TESDEC dan Terengganu Advance Technology Institute adalah perkembangan memberangsangkan.
"Kolaborasi antara intitusi latihan dengan syarikat adalah penting dan saya difahamkan 25 peratus lebih pekerja merupakan tenaga mahir dalam bidang tertentu. Ini sejajar dengan hsrat kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi apabila mereka mahir," kata Mustapa.
Beliau berkata demikian selepas melawat syarikat Eastern Steel pada program MITI turun padang di Kemaman, Terengganu.
Menurutnya, pihaknya akan memantau serta membantu melicinkan operasi syarikat terbabit yang bakal memulakan pengeluaran pada suku ketiga tahun ini sebanyak 700 metrik tan.
Katanya, jumlah pelaburan di negara ini dijangka terus meningkat selepas menyaksikan peningkatan 24 peratus dengan jumlah RM38.7 billion tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#MITI
#Mustapa Mohamed
#tenaga mahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan