awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempahan kereta EV smart #1 kini dibuka secara rasmi

Bernama
Bernama
22/09/2023
11:02 MYT
Tempahan kereta EV smart #1 kini dibuka secara rasmi
Barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan BRABUS yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.- Foto Proton Holdings Bhd
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd dan smart Malaysia menandatangani memorandum perjanjian (MoA) yang dipertingkatkan di Nanning, China hari ini dan sehubungan itu akan menerima tempahan untuk kenderaan elektrik (EV), smart #1.
Smart Malaysia ialah rakan kongsi strategik serantau bagi jenama smart, satu jenama teknologi dan automobil premium berkuasa elektrik sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhang Qiang berkata syarikat itu berbangga berada di ASEAN, dengan smart Automobile bakal membuat penghantaran pertamanya bagi smart #1 di Malaysia.
"Pencapaian ini bermakna smart Malaysia kini bersedia untuk bermula dengan penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat 2023 dengan sembilan pengedar kami yang sudah bersiap sedia untuk menyambut mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pembeli kini boleh menempah smart #1 melalui aplikasi Hello smart dengan bayaran tempahanRM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
Barisan model smart #1 yang akan dijual di Malaysia terdiri daripada model Pro, Premium dan BRABUS yang telah disesuaikan khusus untuk pasaran Malaysia.
Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan sebagai kenderaan elektrik pintar.
Bagi model smart #1 BRABUS pula, ia adalah kereta super berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran menarik dan dalaman yang terang serta prestasi yang dipertingkatkan bagi melancarkan nadi elektrik jentera itu.
Harga di atas jalan tanpa insurans untuk smart #1 Pro, Premium dan BRABUS ialah di antara RM200,000 hingga RM250,000 seunit.
Bagi 501 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan menerima pakej #1 'Early Bird' berharga RM1,001 dalam bentuk kredit pengecasan melalui aplikasi Hello smart.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton
#smart 1
#tempahan dibuka
#kereta EV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan