awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenusu alami peningkatan dalam tempoh sedekad lalu, kata Fonterra

Bernama
Bernama
01/06/2014
03:31 MYT
Tenusu alami peningkatan dalam tempoh sedekad lalu, kata Fonterra
Fonterra, sebuah koperasi New Zealand dan pengeksport tenusu terbesar dunia
Tenusu mengalami peningkatan dalam tempoh sedekad lalu berikutan peningkatan pengguna canggih yang mencari makanan berfungsi secara semula jadi dan lengkap untuk keperluan pemakanan mereka, kata Pengarah Urusan Fonterra Malaysia, David Ross.
"Kenaikan dalam penggunaan tenusu didokong oleh beberapa trend global, termasuk peningkatan kelas pertengahan dalam negara membangun, pertambahan glongan tua, gerakan ke arah sumber makanan semula jadi, berprotin tinggi serta inovasi saintifk dalam tenusu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Ross, dunia dijangka memerlukan 100 bilion liter susu lagi menjelang 2020.
"Dengan pertambahan penduduk dan peningkatan kelas pertengahan, Malaysia juga dijangka mengalami peningkatan permintaan terhadap tenusu.
"Keperluan Malaysia terhadap pemakanan tenusu semakin berkembang dengan pesat. Menjelang 2020 rakyat negara ini dijangka mengguna 20 peratus lebih tenusu berbanding penggunaan sekarang," katanya.
Hari Susu Sedunia, dikendalikan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1 Jun dengan syarikat, koperasi, kerajaan serta pertubuhan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memacu kesedaran dalam faedah pemakanan susu.
Sebagai sebahagian daripada Hari Susu Sedunia tahun ini, Fonterra, sebuah koperasi New Zealand dan pengeksport tenusu terbesar dunia, menggesa pengikut sosial medianya untuk berkongsi pendapat mengenai apa makna susu kepada mereka.
Topic Berkaitan
#David Ross
#Foterra
#Hari Susu Sedunia
#Pengarah Urusan Fonterra Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan