awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Putera Mahkota Arab Saudi, PM Pakistan bincang rundingan AS–Iran di Jeddah
20,000 pelaut, 2,000 kapal terkandas di Selat Hormuz - IMO
Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera AS dakwa berjaya mematahkan cubaan kapal Iran ke-10 menembusi sekatan

Astro AWANI
Astro AWANI
15/04/2026
23:00 MYT
Tentera AS dakwa berjaya mematahkan cubaan kapal Iran ke-10 menembusi sekatan
Tentera AS turut menegaskan bahawa tiada kapal Iran berjaya menembusi sekatan maritim sejak pelaksanaannya bermula pada Isnin lalu. - Foto fail/REUTERS
Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa telah memaksa sebuah lagi kapal berbendera Iran berpatah balik ke perairan negara itu, ketika sekatan maritim AS terhadap Iran memasuki hari ketiga.
Menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (US Central Command), kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Spruance, sebuah kapal perang kelas Aegis, telah mengarahkan sebuah kapal kargo berbendera Iran supaya kembali ke Iran selepas ia didakwa cuba mengelak sekatan AS.
“Ia merupakan kapal ke-10 yang dipaksa berundur oleh tentera AS sejak sekatan bermula,” kata US Central Command dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X.
Menurut kenyataan itu, kapal kargo berkenaan berlepas dari pelabuhan Bandar Abbas, keluar melalui Selat Hormuz dan bergerak menyusuri pesisir pantai Iran sebelum dikesan oleh pasukan tentera laut AS.
“Semalam, sebuah kapal kargo berbendera Iran cuba mengelak sekatan AS selepas meninggalkan Bandar Abbas, keluar dari Selat Hormuz dan bergerak sepanjang pesisir pantai Iran.
"Kapal pemusnah peluru berpandu USS Spruance (DDG 111) berjaya mengarahkan kapal tersebut untuk berpatah balik, dan ia kini dalam perjalanan kembali ke Iran,” menurut kenyataan US Central Command.
Tentera AS turut menegaskan bahawa tiada kapal Iran berjaya menembusi sekatan maritim sejak pelaksanaannya bermula pada Isnin lalu.
“10 kapal kini telah dipatah balik dan TIADA satu pun kapal berjaya menembusi sekatan AS sejak ia bermula pada hari Isnin,” tambah kenyataan itu.
Sekatan maritim tersebut diperkenalkan ketika konflik antara AS dan Iran berterusan, dengan Washington menyasarkan aktiviti perkapalan Iran sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tekanan ketenteraan dan ekonomi ke atas Tehran.
Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan terbaru yang dibuat oleh tentera AS itu.
Topic Berkaitan
#kapal Iran
#sekatan
#Selat Hormuz
#USS Spruance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan