awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTDC perkenal SemiconStart Malaysia, sasar 10 syarikat pemula tempatan
Serangan ke atas kemudahan kesihatan Lubnan mesti dihentikan - WHO
Konflik Asia Barat: Thailand catat aliran keluar modal asing paling besar sejak 2024
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam

Bernama
Bernama
16/04/2026
00:04 MYT
Lelaki ditahan rendam anak anjing di Shah Alam
Semasa tangkapan dibuat, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air, di Seksyen 32, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata penahanan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilakukan di sebuah tapak pembinaan pada 3.40 petang, selepas pihaknya menerima laporan orang awam yang melihat video insiden berkenaan melalui media sosial TikTok, pada 2.14 pagi, hari yang sama.
“Semasa tangkapan dibuat, tiga ekor anjing turut dirampas dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan.
Ramsay berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan insiden itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne melalui talian 014-6907071.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat memaparkan seorang lelaki bertindak merendam seekor anak anjing ke dalam sebuah tangki berisi air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak anjing
#rendam
#Lelaki ditahan
#tangki air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan