awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla buka bilik pameran di ibu negara India

Bernama
Bernama
11/08/2025
22:00 MYT
Tesla buka bilik pameran di ibu negara India
Buat masa ini, Tesla hanya akan menjual SUV Model Y di India, dengan rancangan untuk memperluas kepada model lain apabila jualan meningkat. - Gambar fail AP
NEW DELHI: Tesla, sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat dalam sektor automotif dan tenaga bersih, pada Isnin membuka bilik pameran keduanya di India, lapor Xinhua.
Bilik pameran itu dibuka di Worldmark 3, Aerocity di ibu negara India, New Delhi.
"Lokasi di Aerocity menandakan cawangan pertama syarikat itu di ibu negara dan yang kedua di seluruh negara," kata seorang pegawai syarikat.
Bulan lalu, Tesla secara rasmi menandakan kemasukannya ke pasaran kenderaan elektrik (EV) India dengan pembukaan bilik pameran pertamanya di Maker Maxity Mall, Bandra Kurla Complex di Mumbai, pusat kewangan India.
Menurut laporan, Tesla merancang untuk memperluas rangkaian pengecas pantasnya di Delhi - Wilayah Ibu Negara, Mumbai dan Bengaluru, serta memulakan penghantaran kenderaan di India menjelang September.
Setakat ini, pembuat kereta itu tidak mempertimbangkan untuk membina kilang bagi menghasilkan kenderaan di India.
Buat masa ini, Tesla hanya akan menjual SUV Model Y di India, dengan rancangan untuk memperluas kepada model lain apabila jualan meningkat.
Bulan lalu, syarikat itu mendedahkan harga kenderaan elektriknya, dengan harga di jalan raya bagi Model Y pacuan roda belakang disenaraikan pada AS$71,149, manakala varian jarak jauh pada AS$80,583.
Pakar automotif berkata Tesla akan bersaing terutamanya dengan jenama mewah Jerman seperti BMW dan Mercedes-Benz, dan bukannya pengeluar EV pasaran massa tempatan seperti Tata Motors dan Mahindra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tesla
#bilik pameran
#EV
#Maker Maxity Mall
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan