awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla mula hantar Model Y di Malaysia

Bernama
Bernama
12/03/2024
13:00 MYT
Tesla mula hantar Model Y di Malaysia
Syarikat itu berkata model itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y, Model Y Long Range dan Model Y Performance. - Gambar Tesla
KUALA LUMPUR: Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.
Syarikat itu berkata model itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Model Y (pacuan roda belakang), Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) dan Model Y Performance (dwimotor pacuan semua roda).
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi Model Y Performance.
"Model Y didatangkan dengan bumbung semua kaca, autopilot, ciri keselamatan aktif termasuk sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA). Orang ramai kini boleh merasai Model Y semua elektrik di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya," kata pembuat kereta elektrik itu dalam satu kenyataan.
Tesla berhasrat untuk mengembangkan lagi jualan, perkhidmatan selepas jualan dan sokongan pengecasannya di negara ini untuk menyediakan pengalaman pemilikan Tesla yang mudah serta lancar.
Setakat hari ini, Tesla telah membuka dan mengendalikan enam stesen pengecasan super serta lapan stesen pengecasan destinasi di Malaysia, menawarkan sejumlah 30 pengecas super dan 37 pengecasan destinasi di bandar-bandar utama di negara ini.
Tesla berkata ia akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan memperluaskan liputan pengecasan di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tesla
#sistem pengecasan super
#kereta elektrik
#SUV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan