awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan semula TGIF Inc

Bernama
Bernama
04/11/2024
15:09 MYT
TGIF Malaysia tidak terjejas dengan penyusunan semula TGIF Inc
Pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia mengesahkan operasinya kekal stabil serta bakal membuka cawangan baharu tidak lama lagi. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: TGI Fridays (TGIF) Malaysia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa restoran francais tempatan itu kekal beroperasi sepenuhnya dan tidak terjejas oleh pemfailan Chapter 11 (bankrap) oleh TGIF Inc. di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini Techna-X Bhd berkata anak syarikat milik penuhnya Craveat International Sdn Bhd, pemegang francais induk dan pemaju TGIF Malaysia, mengesahkan operasinya kekal stabil serta bakal membuka cawangan baharu tidak lama lagi.
TGIF Malaysia merancang untuk membuka cawangan baharu di Mid Valley Megamall pada November 2024, membuka semula cawangan Sunway Pyramid pada Disember 2024 dan melancarkan cawangan baharu di Putrajaya menjelang separuh pertama 2025
Craveat International beroperasi di bawah perjanjian francais dengan TGI Fridays Franchisor, LLC, yang berasingan daripada TGIF Inc. dan tidak terjejas oleh penstrukturan semula syarikat di AS itu.
"TGI Fridays Franchisor, LLC telah memfrancaiskan jenama itu kepada 56 pemegang francais di 41 negara. Lokasi francais ini, domestik dan antarabangsa, dimiliki secara bebas dan tidak termasuk dalam proses Chapter 11 TGIF Inc" kata Techna-X.
TGIF Inc. yang menyelia 39 restoran milik korporat di AS, memfailkan perlindungan Chapter 11 pada 2 Nov, 2024, di Dallas, Texas. Pemfailan ini membolehkan TGIF Inc. menyusun semula operasi kewangannya untuk memastikan kestabilan jangka panjang.
"Pemfailan itu hanya melibatkan restoran milik korporat di AS, manakala lokasi francais lain di seluruh dunia tidak terjejas," kata kenyataan itu.
Untuk memastikan kesinambungan bagi francaisi di seluruh dunia, Techna-X berkata TGI Fridays Franchisor, LLC telah melaksanakan perjanjian perkhidmatan peralihan untuk mengekalkan perkhidmatan sokongan dalam tempoh ini bagi memastikan operasi francais, termasuk di Malaysia, diteruskan tanpa gangguan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TGIF
#Malaysia
#operasi
#penyusunan
#bankrap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan