awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM, TT dotCom akan pasang 'Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia'

Bernama
Bernama
03/03/2015
15:49 MYT
TM, TT dotCom akan pasang 'Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia'
TM dan TT dotCom Sdn Bhd (TTdC) akan bekerjasama bagi pemasangan kable dasar laut hubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Telekom Malaysia Bhd (TM) dan TT dotCom Sdn Bhd (TTdC) akan bekerjasama bagi pemasangan kable dasar laut yang akan menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Dikenali sebagai 'Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M), projek berkenaan diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada TM melalui perjanjian Perkongsian Awam Swasta antara kedua-dua pihak.
Susulan daripada memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara TM dan TTdC hari ini, Konsortium SKR1M akan ditubuhkan untuk pembangunan SKR1M.
"Setelah MOU ditandatangani dan penubuhan Konsortium SKR1M, pihak-pihak berkenaan perlu meneruskan dengan tender untuk menentukan rakan teknologi pilihan bagi membekal, menyiapkan dan melaksanakan SKR1M," kata TM dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Semasa tempoh MOU, TM berkata pihak berkenaan akan turut menentukan dasar-dasar perjanjian pembinaan dan penyelenggaraan (C&MA), yang akan mewujudkan peraturan-peraturan asas pelaksanaan dan pengurusan SKR1M.
Tempoh jangka masa MOU adalah tiga bulan atau ia akan tamat selepas pelaksanaan C&MA, yang mana dahulu.
Dalam perkembangan lain, TM berkata anak syarikat milik penuhnya, Tulip Maple Bhd menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti atas cadangan mewujudkan program Sukuk.
Program Sukuk akan memberi fleksibiliti kepada TM untuk menguruskan keperluan kutipan dananya dan mempunyai capaian alternatif terhadap pembiayaan hutang, tambahan kepada pinjaman bank konvensional.
Perolehan Sukuk akan dimanfaatkan oleh syarikat bagi keperluan perbelanjaan modal dan operasi perniagaan atau sebagai tambahan harga bagi siri yang berikutnya, dan pelaksanaannya adalah patuh Syariah.
Topic Berkaitan
#Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia
#SKR1M
#Telekom Malaysia
#TM
#TT dotCom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan