awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes jadi penghantar makanan pula...

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/11/2020
06:32 MYT
Tony Fernandes jadi penghantar makanan pula...
Fernandes bersiap-sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda. - Instagram @tonyfernandes
KUALA LUMPUR:Beliau mungkin dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya, terutamanya taikun dalam industri penerbangan namun tidak langsung kekok menjadi penghantar makanan.
Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis berkongsi sisi lain dirinya yang mungkin tidak begitu biasa dilihat sebelum ini.
Menerusi laman Instagram beliau, Tony berkongsikan gambarnya yang memakai baju-T berwarna putih, berdiri bersebelahan motosikal perkhidmatan penghantar makanan.
“Getting ready to make food deliveries to your house. (Bersiap sedia untuk menghantar makanan ke rumah anda.)” tulisnya dalam status tersebut.
View this post on Instagram
Getting ready to make food deliveries to your house. Check out @airasiafood
A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on
Nov 11, 2020 at 4:43pm PST
Beliau turut berkongsikan gambar beg makanan tersebut yang tertulis ‘airasia.com/food’, antara perkhidmatan terbaru disediakan AirAsia untuk pelanggan.
Status tersebut mendapat respons positif warganet dan setakat artikel ini ditulis, status tersebut sudah mendapat lebih 7,000 tanda suka dan hampir 200 komen.
Industri penerbangan antara yang menerima kesan paling buruk akibat COVID-19.
Beberapa syarikat baik di dalam mahupun luar negara terpaksa mengecilkan operasi dan memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos operasi harian.
Keputusan banyak negara menutup sempadan negara memburukkan lagi keadaan.
Topic Berkaitan
#Kumpulan AirAsia
#Tony Fernandes
#penghantar makanan
#COVID-19
#Sempadan Negara
#penerbangan
#pandemik
#warganet
#airasia com food
#kos operasi harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan