awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Top Glove lantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu

Bernama
Bernama
10/01/2022
04:14 MYT
Top Glove lantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu
Menurut Top Glove, dalam menggalakkan perbincangan yang objektif dan bebas, syarikat telah mengehadkan tempoh perkhidmatan INED kepada sembilan tahun tanpa lanjutan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) mengumumkan pelantikan Lester Garson Huang dan Anthony Lo sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) baharu kumpulan itu, hari ini.
Dalam kenyataan, Top Glove berkata mereka mempunyai pengalaman yang luas sebagai INED dalam syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, yang juga mempunyai standard tadbir urus korporat yang tinggi.
"Huang, seorang peguam cara dan notari, kini merupakan rakan pengurusan dan pengerusi bersama sebuah firma guaman di Hong Kong manakala Lo adalah akauntan bertauliah berdaftar.
"Syarikat berharap kepada sumbangan positif mereka berikutan ia ke arah mencapai matlamatnya untuk menjadi Syarikat Forbes dan Fortune Global 500 menjelang 2030," katanya.
Menurut pengeluar sarung tangan itu, dalam menggalakkan perbincangan yang objektif dan bebas, syarikat telah mengehadkan tempoh perkhidmatan INED kepada sembilan tahun tanpa lanjutan, sejajar dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Top Glove
#Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
#pengalaman luas
#tadbir urus korporat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan