awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya

Bernama
Bernama
15/01/2025
06:30 MYT
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
U Mobile memeterai MoU dengan CIMB Bank untuk sokongan pembiayaan pelancaran rangkaian 5G. -Foto U Mobile
KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Bhd untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G yang akan datang.

Ringkasan AI
  • U Mobile memeterai MoU dengan CIMB Bank untuk sokongan pembiayaan pelancaran rangkaian 5G.
  • CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
  • Sokongan kewangan CIMB akan membantu U Mobile melancarkan rangkaian 5G kedua Malaysia dengan pantas dan cekap.

MoU itu merupakan perkongsian pembiayaan terbaharu antara U Mobile dan CIMB, yang mana, pada 2021, bank itu menyediakan pembiayaan berjumlah RM1.2 bilion kepada U Mobile, yang kemudiannya dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata CIMB merupakan rakan pembiayaannya yang telah lama menjalin kerjasama dengan syarikat itu dan berkongsi komitmen untuk memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi negara melalui 5G.
Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dengan tumpuan kepada pendigitalan.
"Kami percaya sokongan kewangan CIMB akan mengukuhkan lagi keupayaan U Mobile untuk memastikan pelancaran rangkaian 5G kedua yang pantas dan cekap dari segi kos, yang akan membawa manfaat kepada perusahaan, pengguna dan sektor awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MoU ini adalah susulan daripada pelantikan U Mobile baru-baru ini sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#U Mobile
#CIMB
#rangkaian 5G
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan