awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unjuran positif untuk LIFBC bagi 2013

Bernama
Bernama
27/01/2013
08:14 MYT
Unjuran positif untuk LIFBC bagi 2013
Unjuran bagi Pusat Kewangan Perniagaan Antarabangsa Labuan (LIBFC) tahun ini adalah positif, kata pengarah urusan TMF Labuan Trust Ltd, Sue Yong.
Yong, yang mengendalikan syarikat amanah di Labuan semenjak 1992, berkata terdapat banyak usaha dan sokongan kerajaan sepanjang dua tahun lepas untuk meningkatkan sistem eko di Labuan.
"Pengenalan undang-undang baharu pada 2010 telah melengkapkan bidang kuasa itu," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.
Beliau berkata Insentif Global untuk Perdagangan (GIFT) telah menarik syarikat-syarikat dagangan minyak utama antarabangsa untuk mencari bahagian operasi mereka di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menggesa pengawal atur untuk menjadi lebih tegas untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang diberikan.
"Sebagai sektor kewangan antarabangsa, kita mesti mempunyai paras profesionalisme yang tinggi untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang kebanyakannya syarikat multinasional atau syarikat besar," katanya.
Rakan First Fiduciary (Labuan) LLP, Datin Isharidah Ishak, berkata LIBFC adalah salah satu daripada hub kewangan yang paling pesat membangun, di Asia Pasifik dan akan terdapat banyak lagi minat di pulau ini, yang merupakan satu tanda positif.
Pembekal perkhidmatan pengurusan harta itu berkata kelebihan Labuan adalah komuniti yang berbahasa Inggeris dan kedudukan LIBFC di tengah-tengah Asean dan lebih dekat dengan perniagaan serantau berbanding lain-lain pusat luar pesisir.
Topic Berkaitan
#FIFT
#Pusat Kewangan Perniagaan Antarabangsa Labuan (LIBFC)
#Rakan First Fiduciary (Labuan) LLP
#Sue Yong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan