awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zeti terima anugerah William "Bill" Seidman atas pencapaian sepanjang hayat

Bernama
Bernama
01/06/2018
00:00 MYT
Zeti terima anugerah William "Bill" Seidman atas pencapaian sepanjang hayat
Anugerah itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia. - BERNAMA/Fail
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, diberikan pengiktirafan dengan menerima Anugerah William "Bill" Seidman bagi Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan 2018 sempena Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan 2018 anjuran The Asian Banker.
The Asian Banker, berpangkalan di Singapura yang menjalankan aktiviti terutamanya penerbitan, forum dan perkhidmatan penyelidikan, merupakan penyedia paling berwibawa di rantau ini bagi kepintaran perniagaaan strategik kepada komuniti perkhidmatan kewangan.
Dalam kenyataan pada Khamis, The Asian Banker berkata anugerah diberikan pada majlis yang berlangsung di Aman Summer Palace di Beijing, China itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.
"Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat, iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016," menurut The Asian Banker. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bill Seidman
#lifelong achievement
#The Asian Banker
#Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan