awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga pemain terbaik dunia tewas dalam 4 hari, gergasi baru badminton sedang gegar China
Op Lapangan Terbang: Penunggang Yamaha 135LC kena 13 saman
3 pelajar sekolah diberkas curi tabung surau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura

Bernama
Bernama
23/05/2024
16:15 MYT
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Seorang pekerja subkontraktor maut manakala dua lagi sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Ng Teng Fong selepas mereka ditemui tidak sedarkan diri semasa melakukan pembersihan tangki rutin di Loji Rawatan Air Choa Chu Kang. - Foto FB PUB
SINGAPURA: Seorang pekerja subkontraktor maut manakala dua lagi sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Besar Ng Teng Fong selepas mereka ditemui tidak sedarkan diri semasa melakukan pembersihan tangki rutin di Loji Rawatan Air Choa Chu Kang (CCKWW) di sini.
Jurucakap Agensi Air Nasional Singapura (PUB) berkata insiden itu berlaku pada 11.15 pagi Khamis dan siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
"Kami sedang berhubung dengan kontraktor kami dan akan memberikan sokongan kepada ahli keluarga pekerja tersebut," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.
PUB berkata sebagai langkah berjaga-jaga, agensi tersebut telah menghentikan sementara operasi serupa di ruang tertutup dan sedang mengkaji semula langkah keselamatan.
"Keselamatan di semua tempat kerja kami adalah sangat penting kepada PUB. Kami akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan," katanya.
CCKWW, yang terletak di bahagian barat Singapura, adalah loji rawatan air kedua terbesar di negara ini dan mempunyai kapasiti rawatan sebanyak 80 juta gelen sehari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terhidu gas beracun
#loji rawatan air
#Singapura
#CCKWW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan