awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 kapal mewah karam dalam kebakaran marina Hong Kong

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2021
23:56 MYT
10 kapal mewah karam dalam kebakaran marina Hong Kong
Sekurang-kurangnya 10 kapal mewah karam selepas 16 daripadanya dijilat api susulan kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong. -AP
HONG KONG: Sekurang-kurangnya 10 kapal mewah karam selepas 16 daripadanya dijilat api susulan kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong.
Kebakaran berlaku sekitar 2.30 pagi waktu tempatan dan usaha memadamkannya mengambil masa lebih enam jam.
Empat pasukan bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran itu menggunakan lapan jet air.
Satu letupan juga kedengaran semasa kebakaran di tempat perlindungan taufan di Aberdeen South itu berlaku.
Menurut pihak berkuasa, pasukan terbabit mengalami kesulitan memadamkan api kerana bot-bot terletak pada jarak yang dekat.
Tiupan angin kencang turut menjadikan usaha itu lebih mencabar.
Hampir 30 buah kapal turut terjejas dalam insiden berkenaan.
Bagaimanapun, 35 orang berjaya diselamatkan, dengan seorang dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan susulan.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui.
Topic Berkaitan
#kapal mewah karam
#marina di Hong Kong
#Aberdeen South
#kebakaran dahsyat
#jet air
#tempat perlindungan taufan
#bomba
#karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan