awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras
Polis minta bantuan kesan wanita hilang
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 20 cedera selepas 2 bas bertembung di Tamil Nadu

Bernama
Bernama
30/11/2025
15:55 MYT
10 maut, 20 cedera selepas 2 bas bertembung di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lebih 20 lagi cedera pada Ahad dalam kemalangan membabitkan dua bas kerajaan yang bertembung di negeri Tamil Nadu, selatan India. - Gambar fail/hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lebih 20 lagi cedera pada Ahad dalam kemalangan membabitkan dua bas kerajaan yang bertembung di negeri Tamil Nadu, selatan India, menurut polis, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku di jalan utama Thirupattur-Karaikudi di daerah Sivaganga, kira-kira 423 kilometer barat daya Chennai, ibu kota Tamil Nadu.
"Satu daripada bas itu dalam perjalanan dari Tiruppur ke Karaikudi, manakala satu lagi menuju dari Karaikudi ke daerah Dindigul," kata seorang pegawai polis.
Berikutan kemalangan itu, pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi menyelamat besar-besaran dan membawa mangsa yang cedera ke hospital terdekat.
Polis bimbang angka korban boleh meningkat, memandangkan keadaan kritikal beberapa mangsa yang cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bas bertembung
#Tamil Nadu
#kemalangan
#selatan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan