awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula

Bernama
Bernama
09/02/2026
22:10 MYT
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel selama dua tahun berlindung di sebuah kem khemah di Bandaraya Gaza. - Foto REUTERS
KAHERAH: Ketua jawatankuasa Palestin yang ditugaskan untuk mentadbir Semenanjung Gaza pada Isnin memaklumkan bahawa panel itu sedang menantikan mesyuarat Lembaga Keamanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada minggu hadapan bagi mengesahkan komitmen pembiayaan usaha bantuan dan pembinaan semula di wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami sedang merangka pelan yang sesuai untuk bantuan serta kemasukan bekalan kesihatan dan pendidikan ke Semenanjung Gaza," kata Ali Shaath, Ketua Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG), kepada Al-Qahera News selepas melawat pintu sempadan Rafah di sebelah Mesir.
"Kami telah mengadakan pertemuan dengan Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara Arab untuk membincangkan sokongan terhadap Gaza, dan kami telah menerima komitmen pembiayaan yang diperlukan untuk bantuan, pemulihan serta pembinaan semula," katanya.
Shaath berkata Lembaga Keamanan dijadualkan bermesyuarat di Washington pada 19 Feb ini bagi mengesahkan komitmen dana dan bantuan yang diperlukan.
"Kami telah meninjau bahagian Mesir di pintu sempadan Rafah untuk melihat prosedur logistik bagi memudahkan pergerakan rakyat Palestin," katanya.
Di bawah sekatan Israel yang amat ketat, Israel membuka semula pintu sempadan Rafah di sebelah Palestin pada 2 Feb bagi membolehkan pergerakan orang ramai dari kedua-dua arah. Israel telah menduduki pintu sempadan itu sejak Mei 2024.
Shaath berkata Mesir sedang melakukan "usaha besar" untuk menghantar kuantiti bantuan yang banyak ke Semenanjung Gaza dan sedang melaksanakan pelbagai langkah logistik di pintu sempadan Rafah bagi memudahkan urusan keluar masuk rakyat Palestin.
"Rakyat Palestin berterima kasih kepada kepimpinan Mesir atas usaha gigih mereka bagi menghalang pengusiran rakyat Palestin," katanya sambil memuji peranan Kaherah dalam menyokong hak rakyat Palestin untuk kembali ke Gaza.
NCAG merupakan badan bukan politik yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perkhidmatan awam harian di wilayah itu. Ia terdiri daripada 11 tokoh Palestin selain pengerusinya.
Jawatankuasa itu memulakan tugasnya pada pertengahan Januari dari Kaherah dan masih belum beroperasi dari dalam Semenanjung Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Gaza
#Lembaga Keamanan
#dana bantuan
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan