awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,000 orang hilang tempat kerja selepas kebakaran di utara Jakarta

Bernama
Bernama
31/07/2023
16:15 MYT
1,000 orang hilang tempat kerja selepas kebakaran di utara Jakarta
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala pasukan penyiasat kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca kebakaran. - Gambar hiasan/Pexels
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 1,000 orang daripada 200 keluarga hilang tempat tinggal selepas kebakaran melanda kawasan kejiranan di Penjaringan, utara Jakarta pada Ahad malam.
Kebakaran yang berlaku pada 9.20 malam waktu tempatan, telah memusnahkan 400 kediaman di Vikamas Selatan dekat Kapuk Muara, menurut agensi mitigasi bencana tempatan (BPBD Jakarta).
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala pasukan penyiasat kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca kebakaran.
BPBD Jakarta menghantar bekalan termasuk air, tilam, kit keluarga, pakaian, khemah dan selimut kepada mereka yang memerlukan di pusat perlindungan kecemasan.
Kebakaran berlangsung selama beberapa jam sebelum 140 anggota bomba bersama 25 jentera dari seluruh daerah berjaya memadam api sekitar jam 11.49 malam.
Ketua Balai Bomba Jakarta Utara Abdul Wahid berkata pihaknya mengambil masa yang lama untuk memadamkan kebakaran kerana tiada punca bekalan air dan dimarakkan lagi dengan tiupan angin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jakarta
#pusat perlindungan kecemasan
#kawasan kejiranan
#punca bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan