awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 maut, lebih 40 dimasukkan ke hospital akibat strok haba di India

Bernama
Bernama
17/04/2023
09:45 MYT
11 maut, lebih 40 dimasukkan ke hospital akibat strok haba di India
Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala lebih 40 lagi dimasukkan ke hospital akibat strok haba selepas menghadiri majlis anugerah anjuran kerajaan tempatan di Maharashtra, barat India. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala lebih 40 lagi dimasukkan ke hospital akibat strok haba selepas menghadiri majlis anugerah anjuran kerajaan tempatan di Maharashtra, barat India.
Majlis itu diadakan pada Ahad di kawasan terbuka di Navi Mumbai.
Acara penganugerahan yang dihadiri ribuan orang berlangsung selama lima jam di bawah terik matahari, lapor Xinhua.
Penduduk tempatan mendakwa penganjur acara hanya menyediakan khemah untuk tetamu VIP.
"Selepas acara itu, orang ramai mengadu mengalami dehidrasi dan penyakit lain yang berkaitan dengan haba.
"Malangnya, 11 orang meninggal dunia manakala 44 yang lain dimasukkan ke hospital," kata seorang pegawai kerajaan tempatan.
Pada Ahad, kawasan itu merekodkan suhu maksimum sekitar 38 darjah Celsius.
Berikutan cuaca panas yang melampau, pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada terdedah kepada sinaran matahari secara langsung.
Awal bulan ini, Jabatan Meteorologi India menjangkakan kebanyakan bahagian di India mengalami suhu maksimum melebihi normal dari April hingga Jun.
India telah mencatatkan suhu tertinggi pada Februari sejak 1901.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#strok haba
#Hospital
#Maharashtra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan