awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
Skandal NexG: Abu Hanifah Noordin perlu beri maklumat penuh - Ahli akademik
Konflik Asia Barat: IAEA sahkan kesan serangan berhampiran Loji Nuklear Bushehr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 pemandu bas mini maut diserang hendap

Sinar Harian
Sinar Harian
23/07/2018
09:55 MYT
11 pemandu bas mini maut diserang hendap
Sebuah bas mini dengan kesan peluru kelihatan di atas jalan di daerah KwaZulu Natal, Afrika Selatan, 22 Julai, 2018. (Foto AP)
Seramai 11 orang dilaporkan maut, manakala empat lagi cedera selepas seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang membawa sekumpulan pemandu bas mini di wilayah KwaZulu Natal.
Menurut pesuruhjaya polis kebangsaan, Khehla Sitole, kesemua mangsa diserang hendap ketika dalam perjalanan pulang ke Johannesburg selepas menghadiri majlis pengebumian rakan mereka Sabtu lalu.
“Laporan awal menunjukkan 11 mangsa yang merupakan pemandu bas mini adalah daripada 17 individu yang menghadiri majlis pengebumian itu.
“Empat lagi mangsa cedera parah, sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Operasi memburu pihak yang bertanggungjawab sudah dilancarkan dan pihak polis kini menunggu hasil siasatan lengkap sebelum membuat spekulasi mengenai motif kejadian.
Bas mini adalah pengangkutan penting bagi jutaan rakyat Afrika Selatan, dan insiden keganasan sering terjadi antara sesama pemandu berikutan saingan merebut laluan yang lebih menguntungkan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#bas mini
#bunuh
#Johannesburg
#maut
#pemandu
#pengebumian
#polis
#serang hendap
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan