awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India

Bernama
Bernama
22/01/2025
16:32 MYT
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu. - Foto Sinar Harian/agensi
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Mangsa dilaporkan melompat keluar daripada kereta api Pushpak Express yang dalam perjalanan dari Lucknow ke Mumbai selepas khabar angin tentang kebakaran di dalam kereta api itu, sebelum dilanggar oleh kereta api lain yang sedang melintas di landasan berbeza, menurut laporan media tempatan.
Kejadian berlaku di stesen kereta api Paranda di Daerah Jalgaon, utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Puluhan penumpang mengalami kecederaan, dan angka korban dijangka meningkat.
"Maklumat awal kami menunjukkan terdapat percikan api dalam satu daripada gerabak Pushpak Express disebabkan oleh sama ada 'hot axle' atau 'brake-binding' (brek tersekat), yang menyebabkan beberapa penumpang panik.
Mereka menarik rantai kecemasan, dan sebahagian daripada mereka melompat keluar. Pada masa yang sama, Karnataka Express sedang melintas," kata seorang pegawai kereta api kepada agensi berita PTI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api
#India
#Maharashtra
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan