awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 sekeluarga di AS dikejar ke hospital selepas makan cendawan beracun

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2024
23:50 MYT
11 sekeluarga di AS dikejar ke hospital selepas makan cendawan beracun
Ahli keluarga yang melaporkan kejadian tersebut berjalan kira-kira 0.8km untuk meminta bantuan kerana keluarga tersebut tidak mempunyai telefon. - Foto Delta-Cardiff Volunteer Fire Company Station 57
PENNSYLVANIA : Seramai 11 orang sekeluarga dari golongan Amish di Amerika Syarikat (AS) termasuk kanak-kanak, dikejarkan ke hospital selepas memakan cendawan beracun, kata pegawai.
Syarikat bomba sukarelawan, Delta-Cardiff menyifatkan keracungan itu sebagai "insiden besar-besaran" di Peach Bottom Township di York County, Pennsylvania.
Jabatan Bomba memberitahu media tempatan, seorang ahli keluarga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mereka jatuh sakit selepas memakan cendawan liar yang ditemui oleh salah seorang ahli keluarga di dalam hutan dan dibawa pulang untuk dijadikan sajian makan malam.
Ahli keluarga yang melaporkan kejadian tersebut berjalan kira-kira setengah batu (0.8km) untuk meminta bantuan kerana keluarga tersebut tidak mempunyai telefon, kata seorang jurucakap jabatan bomba.
Sebanyak enam buah ambulans membawa pesakit ke hospital.
Polis Pennsylvania turut bergegas ke tempat kejadian.
Agensi Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS mengesyorkan orang ramai mendapatkan nasihat daripada pakar yang berpengetahuan untuk mengenal pasti cendawan yang selamat dimakan selain lebih selamat untuk mendapatkan cendawan dari pasar raya atau ladang cendawan profesional.
Terdapat kira-kira 250 jenis cendawan liar beracun yang ditemui di seluruh Amerika Utara, menurut Pusat Kawalan Penyakit British Columbia.
Topic Berkaitan
#cendawan beracun
#golongan Amish
#11 sekeluarga
#cendawan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan