awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Iran permudah pergerakan kapal negara bukan musuh melalui Selat Hormuz - Kementerian Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/04/2026
02:21 MYT
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
Aboutrika mendakwa, Slot (kiri) secara halus telah 'menolak' Salah (kanan) keluar daripada Liverpool.- Foto Astro ARENA
LEGENDA bola sepak Mesir, Mohamed Aboutrika mendedahkan bahawa punca utama bintang Liverpool, Mohamed Salah memutuskan untuk meninggalkan Anfield adalah disebabkan hubungan dinginnya dengan pengurus pasukan, Arne Slot.
Salah mengejutkan dunia bola sepak minggu lalu apabila mengumumkan akan menamatkan kariernya bersama The Reds pada penghujung musim ini meskipun kontrak lumayannya masih berbaki setahun.
Pendedahan itu mencetuskan pelbagai spekulasi, namun Aboutrika yang juga rakan karib dan bekas rakan sepasukan Salah mendakwa, beliau telah bercakap secara peribadi dengan pemain itu selepas pengumuman berkenaan dibuat.
Bercakap dalam rancangan beIN Sport, Aboutrika mendakwa bahawa Slot secara halus telah 'menolak' Salah keluar daripada pasukan.
"Salah satu sebab utama Mohamed Salah meninggalkan Liverpool adalah kehadiran Arne Slot kerana kita telah melihat banyak isu timbul sejak kebelakangan ini.
"Kamu (Slot) telah menolak Salah pergi. Salah hanya mempunyai kontrak dua tahun dengan Liverpool... dia mahu bekerja dengan tenang dan menikmati fasa seterusnya dalam karier tanpa perlu membuktikan apa-apa kepada Slot atau sesiapa sahaja," katanya.
"I spoke with him" 👀Arne Slot is the reason behind Mo Salah's departure from Liverpool, claims former team-mate, idol and friend Mohamed Aboutrika ‼️https://t.co/nyegKzwEtc pic.twitter.com/f22Nau1T8h
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 4, 2026
Menurut Aboutrika lagi, beliau telah memberikan pandangannya kepada Salah mengenai destinasi seterusnya yang patut disertai penyerang berbisa itu.
"Hubungan saya dengannya adalah atas dasar persaudaraan dan persahabatan. Saya menyayanginya kerana ALLAH dan tidak akan menggunakan hubungan ini untuk kepentingan kerja.
"Saya telah memberitahunya pandangan saya mengenai destinasi seterusnya, namun Salah seorang yang bijak dan tidak memerlukan sesiapa untuk membimbing atau memberinya nasihat," ujarnya.
Walaupun Liverpool berjaya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dalam musim pertama Slot di Anfield, hubungan antara Salah dan pengurus itu dikatakan sentiasa tegang.
Pada November lalu, Salah pernah secara terbuka menyatakan bahawa dia 'tidak mempunyai hubungan' dengan Slot dan merancang untuk pergi selepas merasakan kelab seolah-olah mengkhianatinya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamed Aboutrika
#Liverpool
#Mohamed Salah
#Arne Slot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan