Iran permudah pergerakan kapal negara bukan musuh melalui Selat Hormuz - Kementerian Luar

Iran mempermudah pergerakan kapal daripada negara bukan musuh melalui Selat Hormuz, kata jurucakap Kementerian Luar Iran. - Gambar Reuters
Iran mempermudah pergerakan kapal daripada negara bukan musuh melalui Selat Hormuz, kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Beberapa langkah diambil bagi (pergerakan) kapal daripada negara bukan musuh dan pergerakan mereka secara selamat (melalui Selat Hormuz) dipermudah,” kata Baghaei, menurut siaran saluran televisyen Iran, SNN.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
