awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 maut, 23 cedera dalam nahas bas di Sumatera Barat

Bernama
Bernama
06/05/2025
10:40 MYT
12 maut, 23 cedera dalam nahas bas di Sumatera Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa. -Sinar Harian
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 23 lagi cedera apabila sebuah bas terbabas dan terbalik di Padang Panjang, Sumatera Barat, pada pagi Selasa.
  • Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.
  • Bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.

Polis Sumatera Barat memaklumkan mangsa yang cedera terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita, dan proses pengecaman identiti mangsa masih dijalankan.
Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian dan membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, menurut Pusat Kawalan Operasi Pengurusan Bencana (Pusdalops PB) Bandar Padang Panjang.
"Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan," menurut kenyataan pusat itu, sambil memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Media tempatan melaporkan bas itu dalam perjalanan dari Bukittinggi menuju ke Padang apabila didakwa mengalami kegagalan brek ketika cuba mengelak kenderaan dari arah bertentangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas terbabas dan terbalik
#padang panjang
#Sumatera Barat
#Bukittinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan