awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 pelancong maut dalam nahas bas di Mexico

Astro Awani
Astro Awani
20/12/2017
09:46 MYT
12 pelancong maut dalam nahas bas di Mexico
11 maut termasuk pemandu bas dalam satu nahas jalan raya di Mexico. - Foto Novedades de Quintana Roo via AP
Sekurang-kurangnya 12 pelancong termasuk kanak-kanak maut selepas bas yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas di sebuah lebuhraya di tenggara Mexico.
Menurut pihak berkuasa, belasan penumpang lain turut cedera dalam insiden itu.
Kesemua pelancong dalam perjalanan menaiki kapal persiaran, 'Celebrity Equinox' dan 'Serenade of the Seas'.
"Mangsa cedera dan sedang dirawat di dua hospital berbeza buat masa ini.
"Mereka akan dipindahkan ke bandar lain untuk rawatan lanjut.
"Buat masa ini, enam daripada mereka di Tulum, dan tujuh berada di hospital Chetumal," ujar Setiausaha Negeri Quintana Roo, Marisol Vanegas.
Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Sementara itu, syarikat perkapalan tersebut, 'Royal Caribbean Cruises' yang berpangkalan di Miami dalam satu kenyataan menzahirkan rasa simpatinya dan akan membantu penjagaan perubatan dan pengangkutan kepada mangsa terlibat.
"Buat masa ini belum ada lagi perancangan untuk memindahkan mereka (mangsa) dan syarikat (kapal persiaran) akan menanggung segala kos yang terlibat," ujarnya lagi.
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mexico City turut memberitahu beberapa warga Amerika mengalami kecederaan dalam nahas tersebut dan mereka sedang kenal pasti identiti mereka.
Tambahnya, Konsulat AS di Merida juga bersedia memberikan bantuan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#bas
#cedera
#Kanak-kanak
#mangsa
#maut
#Mexico
#Nahas
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan