awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh dua jam jeda kemanusiaan berakhir di Gaza

Bernama
Bernama
01/12/2023
11:43 MYT
14 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh dua jam jeda kemanusiaan berakhir di Gaza
Serangan bertubi-tubi dan tembakan meriam tentera penceroboh Israel di timur Semenanjung Gaza bermula sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir. - Gambar fail/ AP
ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza yang dikepung, sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir pada pagi Jumaat.
"Dalam tempoh dua jam selepas jeda kemanusiaan tamat, angka kematian rakyat Palestin dalam serangan Israel meningkat kepada 14 orang.
"Berpuluh-puluh orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak cedera," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di Gaza.
Jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 24 Nov berakhir pada pagi Jumaat.
Serangan bertubi-tubi dan tembakan meriam tentera penceroboh Israel di timur Semenanjung Gaza bermula sejurus selepas jeda kemanusiaan berakhir, menurut wartawan Anadolu di lapangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Konflik Palestin
#kekejaman israel
#jeda kemanusiaan
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan