awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS$15 bilion diperlukan untuk bina semula rumah di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2024
23:35 MYT
AS$15 bilion diperlukan untuk bina semula rumah di Gaza
Kepimpinan Palestin akan dalam jangka pendek terus memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan air tetapi akhirnya tumpuan akan beralih kepada pembinaan semula. - Foto fail/AP
GAZA: Sekurang-kurangnya AS$15 bilion diperlukan untuk membina semula rumah di Gaza susulan skala kemusnahan oleh serangan Zionis Israel.
Pengerusi dana pelaburan Palestin, Mohammed Mustafa berkata, laporan antarabangsa menunjukkan 350,000 unit rumah di Gaza rosak sepenuhnya atau sebahagiannya.
Beliau mengandaikan 150,000 unit rumah perlu dibina semula pada kos purata AS$100,000 setiap unit yang menelan belanja keseluruhan AS$15 bilion untuk bahagian perumahan di Gaza.
Katanya jumlah itu tidak termasuk dengan infrastruktur, hospital, grid kuasa dan sebagainya.
Angka itu menunjukkan kos pembinaan semula jauh lebih kecil berbanding pembangunan semula Gaza dalam konflik sebelum ini.
Pada perang 2014 yang melihat 2,100 rakyat Palestin terbunuh, Qatar membelanjakan lebih AS$1 bilion untuk projek perumahan dan bantuan di Gaza.
Angka yang dikeluarkan oleh pejabat media di Gaza menunjukkan lebih daripada 360,000 unit rumah telah mengalami kerosakan teruk atau sebahagiannya dengan lebih daripada 70,000 telah musnah sepenuhnya.
Mustafa berkata, kepimpinan Palestin akan dalam jangka pendek terus memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan air tetapi akhirnya tumpuan akan beralih kepada pembinaan semula.
Topic Berkaitan
#bilna semula
#Gaza
#Israel
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan