awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag

Bernama
Bernama
10/02/2026
03:50 MYT
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pada PRK berkenaan, Mohd Ismail yang mewakili BN memperoleh 7,269 undi menewaskan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan yang meraih 1,588 undi. - Foto fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Mohd Ismail Ayob yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini.
Mohd Ismail, 44, yang memenangi kerusi DUN Lamag pada 24 Jan lepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya.
Pada PRK berkenaan, Mohd Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 7,269 undi menewaskan Mazliwati Abdul Malek dari Warisan yang meraih 1,588 undi.
Mohd Ismail atau lebih dikenali Miha, sebelum ini adalah calon Bebas di DUN Lamag dan muncul pencabar terkuat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas.
Pada PRN Sabah, Mohd Ismail kekurangan 153 undi di belakang penyandang ketika itu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memperoleh 3,908 undi.
PRK Dun Lamag diadakan serentak dengan PRK Parlimen Kinabatangan yang turut dimenangi BN menerusi Mohd Kurniawan Naim Moktar.
Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian Bung Moktar pada 5 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Ismail Ayob
#angkat sumpah
#ADUN Lamag
#Kadzim M Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan